Image Banner

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2024

๐™Ž๐™”๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ ๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐™๐™†๐™†๐˜ผ๐™‰

  1. Lelaki
  2. Umur 13 tahun (Tahun 2024)
  3. Membaca Al Quran dengan baik dan lancar
  4. Minat belajar Al Quran
  5. Mematuhi peraturan.
  6. Kesungguhan menuntut ilmu.
  7. Akhlak bagus dan terpuji.
  8. Membaca dan menulis rumi dan jawi
  9. Lulus temuduga.

Pembelajaran merangkumi :-

  1. Hafazan Al-Quran
  2. Azhariah
  3. Kemahiran
  4. Akademik (Baru)

ย 

๏ผด๏ผฅ๏ผญ๏ผฐ๏ผก๏ผด ๏ผก๏ผค๏ผก๏ผฌ๏ผก๏ผจ ๏ผด๏ผฅ๏ผฒ๏ผจ๏ผก๏ผค!

ย 

๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐

Sila isikan borang permohonan secara online

www.pptahd.edu.my

ย 

Maklumat Lanjut

- PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DAN HADITH DARUSSOLEHAH

- Lot 1519, Batu 8, Bendang Siam, Jalan Trong, 34850 Changkat Jering, Perak.

- Ustaz Ahmad Sayuti bin Saharom - 0134962908 / Ustaz Ahmad Sharifuddin bin Zulkafli - 0132041425 / Admin PPTAHD โ€“ 0185788926

ย 

๐—™๐—”๐—–๐—˜๐—•๐—ข๐—ข๐—ž :

https://www.facebook.com/PPTAHDarussolehah/

WHATSAPP :

http://www.wasap.my/60185788926/DaftarPelajarPPTAHD

INSTAGRAM :

@Pptahdarussolehah

TIKTOK :

Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Dan Hadith Darussolehah

LAGI

INFAQ PENDIDIKAN SEMPENA RAMADHAN INI

JOM BERKONGSI REZEKI BERSAMA TAHFIZ KAMI DALAM MEMBANGUNKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK TAHFIZ UNTUK MASA HADAPAN NEGARA DAN BANGSA

LAGI

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2022

Taqwim persekolahan Tahfiz Darussolehah 2022 telah berlabuh tirainya pada 3 Disember 2022 dengan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2022.

Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Hafazan Al-Quran oleh Adik Ridwan Azim Al-Hafiz (pelajar yang telah khatam hafazannya tahun ini) ditemani Ayahnya, kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dari Mudir PPTAHD, ucapan Timbalan Pengerusi PPTAHD, dan ucapan perasmian dari Penaung PPTAHD.

Majlis diserikan dengan beberapa persembahan dari para pelajar PPTAHD dan jemputan, turut hadir tetamu jemputan En Nasarudin Mawi (Penghulu Mukim Matang), SM Hishamuddin Abdullah (Ketua Balai Polis Changkat Jering) dan Wakil Pengarah Kolej Komuniti Taiping).

Di akhir majlis, para pelajar diberikan sijil dan anugerah berdasarkan pencapaian mereka sepanjang tahun 2022 ini.

LAGI

TEMUDUGA PELAJAR 2023 SIRI 2

Pagi ni diadakan Temuduga Pengambilan Pelajar Siri 2 seramai 5 orang calon yang akan menjalani ujian. Semoga calon pelajar yang diuji hari ni dapat menjawab dengan baik dan sentiasa niat kerana Allah untuk menjadi Huffaz Al-Quran yang diredhaiNya.

 

Temuduga siri 3 akan dimaklumkan kelak kepada calon yang berikutnya, insyaAllah kita bersedia menempatkan 30 pelajar tambahan untuk tahun 2023.

Semoga makin bertambah Huffaz tahun 2023 nanti..

 

Nak anak anda jadi Huffaz Al-Quran sila klik link

 

 

#tahfizdarussolehah

#belajarAlQuran

#tahfizquran

#tahfizrefleksologi

 

 
LAGI

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

Hari ni akan bermula ujian pertengahan tahun bagi pelajar kami, ujian berlangsung selama 3 hari. Bermula dari kelas tingkatan 1 hingga tingkatan 3, ujian merangkumi 2 bidang iaitu hafazan Al-Quran dan Azhariah (i'dadi dan thanawi).

 

Setahun pelajar akan tempuhi 3 ujian besar (ujian awal tahun, pertengahan dan akhir) manakala setiap bulan akan diadakan ujian saringan sebagai persediaan menghadapi ujian besar tersebut..

Semoga para pelajar mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.. Ameen..

 

LAGI

LAWATAN KERJA RASMI ORANG KAYA 8 IMAM PADUKA TUAN, DATO DR AFIFI AL-AKITI KE PPTAHD

5 Februari 2022

Alhamdulillah atas izin Allah hari ini kami menerima tetamu kehormat dari Istana Perak, Orang Kaya 8 Imam Paduka Tuan, Dato Dr Afifi Al-Akiti (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Majlis Raja-Raja, Ahli Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak) serta tetamu hormat yang lain ke Pondok dan Tahfiz Darussolehah sebagai lawatan kerja rasmi ke Pusat Pengajian Pondok dan Tahfiz di Negeri Perak.

Turut bersama Pegawai Daerah Kuala Kangsar, YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, KPP Bahagian Pendidikan JAIPK serta penolong, dan Imam Daerah Taiping.

Beliau amat bersyukur kerana ada warisan Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah masih subur di negeri Perak, dan juga dapat bertemu dengan Hj Zabidi merupakan anak bongsu Allahyarham Hj Nawawi Janggut Merah yang merupakan Penasihat Agama 5 orang Sultan suatu ketika dahulu.
 
Semoga dengan kunjungan beliau dan para tetamu dilimpahi keberkatan dan rahmat dari Allah..
LAGI

MAKLUMAT TERKINI PEMBANGUNAN DI TAHFIZ DARUSSOLEHAH

Update sempena Jumaat yang mulia, pemasangan kotak tiang konkrit berbaki sedikit lagi nak siap.
 
 
Minggu depan dengan izin Allah dapat tuang simen konkrit, target sebulan untuk siapkan kerangka framework ni.
Masuk bulan ke 2 nanti dapat buat slap lantai tingkat 2 pula, Ya Allah permudahkan segala urusan di tahfiz kami..

REBUTLAH PELUANG BERWAQAF DI TAHFIZ DARUSSOLEHAH
 
CIMB ISLAMIC BANK
NO AKAUN : 860 270 2429
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DAN HADITH DARUSSOLEHAH
 
Waqaf dan sumbangan secara online : KLIK DISINI
Maklumat Lanjut : KLIK DISINI
 
Kami masih memerlukan RM 1.6 juta untuk menyempurnakan pembangunan tahfiz..

LAGI

DAWRAH KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYYAH BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡
Siri pengajian ISTIMEWA buat pencinta ilmu dan Baginda Nabi SAW sekalian.
Kali ini SNTV dengan Kerjasama PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DAN HADITH DARUSSOLEHAH membawakan, Daurah Khas secara online Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makky membahaskan kitab terbaharu Ringkasan Syamail Muhammad.

โณ DAFTAR SEGERA โ€ผ๏ธ

โ˜† ZOOM MEETING
Terhad untuk 200 peserta (BERBAKI 150 PESERTA)
โ˜† WALK IN
Terhad untuk 50 peserta (BERBAKI 20 PESERTA)

โ”Boleh daftar lagi ke?
Ya, masih boleh.

โ”Bagaimana dengan sesi yang saya sudah terlepas?
Bagi sesi yang terlepas, boleh tonton kembali secara ulangan.

โ”Jika saya tidak dapat tonton pada waktu yang ditetapkan, adakah boleh tonton kembali secara ulangan?
Ya, boleh. Video akan terakam kemas dalam group Pengajian setelah live dan boleh ulangkaji pada bila-bila masa.

โ–ช๏ธŽSiri Pengajian
Pengajian akan berlangsung selama 6 SIRI.
Bonus tambahan masa bergantung kepada keadaan TG Syeikh Nuruddin
Konsep penerangan yang jelas.

โ–ช๏ธŽLokasi Program
Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Dan Hadis Darussolehah, Jalan Trong, Changkat Jering, Perak.

TELEGRAM group tertutup untuk peserta yang mendaftar sahaja.
Anda akan dimasukkan ke dalam group TELEGRAM daurah setelah berjaya membuat pendaftaran.

โ–ช๏ธŽHari & Masa
22 - 24 Oktober 2021
Jumaat, Sabtu & Ahad
8.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Kitab yang Akan Digunakan Sepanjang pengajian; kitab Ringkasan Syamail Muhammad di atas akan menjadi teras rujukan utama.

โ–ช๏ธŽYuran Komitmen Termasuk Kitab

RM55 secara online (zoom meeting) DAFTAR SINI

RM85 secara walk in (Makanan & minuman disediakan seadanya) DAFTAR SINI

ุขู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner